Saturday, March 28, 2009
Friday, March 13, 2009
SEUNTAI KATA BUAT SAHABAT

Kadangkala tanpa kita sedari,
Mungkin diri sedang diuji,
Kembalilah muhasabah diri..
Kadang-kadang,bila kita berada di atas jalan Illahi,
Mungkin terdetik dalam hati,
Tak perlu ku khuatiri,kerana aku dalam pandangan Rabbi
Mungkin pernah terdetik rasa bangga kerana
dipilih untuk memperjuangkan agamanya
segeralah beristighfar..
ingatlah..tanpa izin dariNya
mungkin kita tak mampu untuk berada di situ
Tika kita berada di atas..pandanglah ke bawah
kerana ia bisa menundukkan ego..
dan, bila mana kita berada di bawah,
ketahuilah,itulah terbaik untukmu dan..
pandanglah ke atas,kerana ia boleh menaikkkan semangat,
agar kita bisa mengecapinya,
tapi,
walau dimanapun posisi kita,
sedarilah bahawa itu terbaik untuk kita
mintalah padaNya..Tuhan yang berkuasa membolak balikkan hati,
agar..
tetapkan hati ini dalam agamaNya
dan dalam ketaatan kepadanya
dan, janganlah palingkan hati ini bila mendapat hidayah dariNya,
Teman..
disamping kita membajai taman hati insane lain,
jangan lupa untuk menyiram taman hati kita yang mungkin kian gersang
bersama-sama kita merenung kembali ke dalam diri
agar kita bisa ketahui dimana kualiti diri
agar kita bisa perbaiki diri
kerana sebaik-baik hamba
ialah yang sentiasa menginsafi diri
agar tak tertipui dengan diri sendiri,
Pesan buat teman..dan paling utama untuk diri sendiri juga…
Kesihatan
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
1. Bersenam @ beriadah.
2. Makan Pil melangsingkan badan.
3. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migran. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.
Wednesday, March 11, 2009
NASIHAT IMAM IBNU QAIYIM MENGENAI KESIHATAN
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah-buahan (dedaun).
MENGELAPKAN PANDANGAN
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH PUSAM (TIDAK BERSERI)
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya (bertanya bukan kerana ingin tahu) dan banyak berbuat dosa.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, membaca qurÂ’an, sentiasa dalam wudhuk dan takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan kita dibenci iaitu perasaan sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak beristighfar di waktu sahur (sebelum masuk waktu subuh), membaca surah Al-WaaqiÂ’ah sebelum tidur, Solat sunat Dhuha, bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.
PERKARA YANG MENYEKAT REZEKI
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi (selepas subuh), sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
LUPA DAN LEMBAB
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Petikan dari buku Cara Rasulullah saw mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Imam Ibnu Qaiyim)







